Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 28, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Oktober 2024.
1. Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Kerajaan tidak membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk menunaikan haji.
2. Tol percuma di semua lebuh raya pada 29, 30 Okt sempena Deepavali
Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma pada 29 dan 30 Oktober ini bagi membolehkan pengguna lebuh raya berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu untuk menyambut perayaan Deepavali.
3. 'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ibu Akif-Zarr Ukasyah, mangsa kemalangan di Ekspreswe Ayer Rajah, Singapura pada 17 Okt lalu dan dirawat di ICU Hospital Universiti Nasional Singapura mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Singapura yang menderma serta berdoa untuk anaknya.
4. Wanita warga emas didakwa miliki 38 hasil penerbitan larangan berkaitan Al-Arqam
Seorang wanita warga emas dikaitkan dengan GISB mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan memiliki 38 penerbitan berkaitan bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau ‘Abuya’.
5. Takrifan T15: Kementerian Ekonomi sedang perinci sebelum bentang kepada Kabinet - Rafizi
Perincian itu amat diperlukan bagi memberi garis lebih tepat kepada kumpulan T15, yang akan dinilai berdasarkan lokaliti dan takrifannya bukan lagi bersifat nasional, sebagaimana dasar terdahulu.
6. Tidak ada kerajaan jatuh kerana bantu rakyat, sebaliknya rasuah punca utama - PM Anwar
Beliau berkata belum pernah tercatat dalam sejarah dunia mengenai tumbangnya sesebuah kerajaan kerana memperuntukkan perbelanjaan besar untuk kepentingan rakyat.
7. Naikkan gaji minimum tindakan berani, cermin tekad Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Tindakan menaikkan kadar gaji minimum kepada RM1,700 mencerminkan tekad politik Kerajaan Perpaduan yang jelas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8. Pemimpin yang baik terima permohonan maaf - Ahmad Zahid
Permohonan maaf yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus diterima oleh sesiapa sahaja.
9. Diana Danielle bakal fail cerai terhadap Farid Kamil, anggap rujuk bukan untuk semua orang
TIADA angin, tiada ribut, pelakon Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
10. Malaysia perkukuh kerjasama konservasi biodiversiti menerusi COP16
Penglibatan delegasi Malaysia dalam Persidangan Parti-Parti ke-16 (COP16) dan Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) yang sedang berlangsung di Cali, Colombia mengukuhkan kerjasama bagi konservasi biodiversiti khususnya dalam aspek pembangunan kapasiti, pemindahan teknologi dan pembiayaan.
#berita pilihan #tempatan #fail cerai #permohonan maaf
;