Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 27, 2024 23:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 27 Oktober 2024.
1. Polis siasat himpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong
Polis akan menyiasat penganjuran himpunan kibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada Sabtu.
2. Bapa MK K-Clique meninggal dunia
Penyanyi rap, MK K-Clique memaklumkan bahawa bapanya, Hamdan Abdul Razak telah menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.
3. Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Pelakon dan pengarah terkenal Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan pengarah tarian, Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.
4. Polis siasat kewujudan kumpulan 'sexual grooming' - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kewujudan kumpulan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) di akaun media sosial.
5. Anwar mahu pemilihan PKR disegerakan, tidak perlu ditangguh
Pemilihan yang dipercepatkan akan membuka ruang kerjasama antara tenaga muda dan pemimpin lama untuk berganding bahu menguruskan parti dengan lebih efektif.
6. Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Hasil pemeriksaan CCTV membawa kepada penahanan suspek yang merupakan seorang gelandangan, tidak jauh dari lokasi kejadian.
7. Pendapatan sebenar kumpulan T15 belum dimuktamad - PM Anwar
Kerajaan masih belum memuktamadkan kategori golongan yang terkecuali daripada mendapatkan subsidi daripada kerajaan, termasuk subsidi petrol.
8. Video tular: Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai di Kajang ditahan polis
Polis mengesahkan dua lelaki dalam video tular di media sosial kerana dipercayai meletakkan kepala babi di sebuah kedai roti canai di Bandar Teknologi Kajang, pada dua minggu lalu sudah ditahan.
9. Tiada unsur kerja lebih atau buli dalam kes kematian doktor di HSJ - Lukanisman
KKM mendapati tiada unsur kerja berlebihan atau buli dalam kes kematian seorang doktor di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini yang didakwa berpunca akibat dibuli ketika dalam perkhidmatan.
10. Video tular: Polis kenal pasti identiti suspek samun, letak parang di leher juruwang
Polis Sarikei mengenal pasti lima suspek yang terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton pada awal pagi 17 Okt lepas yang mengakibatkan kerugian dianggarkan RM3,500.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia
;