Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 26, 2024 23:59 MYT
Oktober 26, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 Oktober 2024.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mencerminkan beliau merupakan seorang yang sudah menginjak usia 99 tahun apabila masih lagi aktif bekerja.
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol anak perempuan kandungnya yang berusia 14 tahun di Bersia, Gerik.
Dua beradik ditemukan lemas dipercayai selepas terjatuh ke dalam parit ketika bermain berdekatan kawasan itu di sebuah kampung di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang semalam.
IDF mendakwa, serangan itu sebagai tindak balas terhadap Iran yang "tidak henti-henti menyerang" Israel sejak 7 Oktober tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata penganjur mempunyai permit yang diluluskan pada 2 Oktober lalu.
MCMC sedang bekerjasama dengan Meta dan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan lanjut.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberikan kemudahan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid khusus kepada pelajar serta pengajar beragama hindu selama empat hari iaitu pada 28, 29 dan 30 Okt serta 1 Nov ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika kuat (Trami) yang dikesan berlaku 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.
Polis akan memanggil pemilik syarikat bumiputera yang didakwa menyeleweng wang yuran program latihan penerbangan yang sepatutnya dibayar kepada sebuah akademi penerbangan di luar negara dalam masa terdekat.