Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 25, 2024 23:59 MYT
Oktober 25, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 Oktober 2024.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan menikmati santapan pagi bersama rakyat dan warga kerja Seri Paduka Baginda di sebuah restoran di ibu negara.
Seorang pelajar Malaysia, Jia Xin Teo, disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, West Midlands, England, pada Khamis atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.
Persatuan Kebudayaan Guan Gong Malaysia memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh satu daripada rombongan berkenaan pada malam perarakan Guan Gong Sedunia di Teluk Intan pada Khamis.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima baik pemohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Rang Undang-Undang (RUU) baharu mengenai hukuman tahanan di rumah bukan untuk ‘membebaskan’ bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau orang kenamaan lain.
Lima maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta dan lori di Jalan Gua Musang-Lojing di Tanah Tinggi Lojing, pada Jumaat.
Pegawai Perkhidmatan Awam beragama Hindu boleh memilih untuk menggunakan Cuti Tanpa Rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali selama satu hari, sama ada sehari sebelum atau pada hari kedua perayaan itu, bermula tahun ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua syarikat penyedia stesen minyak untuk menambah baik kemudahan yang disediakan di kawasan mereka, bagi manfaat orang awam.
Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.
Teresa selaku plaintif mengemukakan saman itu menerusi Tetuan SN Nair & Partners, berhubung kenyataan didakwa fitnah oleh Ketua Pemuda UMNO itu dalam video di aplikasi TikTok, pada 7 September lalu.