Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 24, 2024 23:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Oktober 2024.
1. Cikgu Din yang diuji masalah kesihatan isteri diberikan cuti - KPM
Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan tindakan segera bagi memberi bantuan terhadap seorang guru yang sedang diuji dengan masalah kesihatan isterinya seperti tular di media sosial.
2. JHEAINS tahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran Ahmadi Religion
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak di sebuah rumah di Ampangan, dekat sini, pada Rabu kerana disyaki menjadi pengikut ajaran Ahmadi Religion.
3. Lima lelaki ditahan rogol pelajar sekolah bergilir-gilir
Polis menahan lima lelaki disyaki merogol secara bergilir-gilir remaja perempuan berusia 15 tahun yang baru dikenali di sebuah asrama pekerja di Batu Gajah pada Selasa.
4. Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).
5. KPDN umum lapan jenis barangan SHMMP menjelang Deepavali
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024 selama tujuh hari bermula 28 Oktober hingga 3 November depan.
6. Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
7. 'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika memberi keterangan di hadapan Mahkamah Tinggi hari ini berkata beliau tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.
8. Suami isteri Rohingya didakwa kes pecah rumah, curi
Pasangan suami isteri etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah rumah, mencuri dan menyimpan pelbagai harta curi antaranya wang tunai dan barang kemas.
9. Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
Taman-Taman Sabah dalam kenyataan memaklumkan amaran itu, dikeluarkan berikutan cuaca hujan, angin kencang dan berkabus yang berlarutan di gunung itu yang terletak di Taman Kinabalu, Ranau.
10. Konflik Asia Barat, diplomasi ekonomi tumpuan kenyataan pertama Malaysia di pentas BRICS
Malaysia mengulangi gesaan gencatan senjata di Asia Barat, sambil menekankan kepentingan kerjasama ekonomi multilateral yang lebih inklusif dalam ucapan pertama negara di pentas BRICS.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI #berita Malaysia
;