Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 19, 2024 23:55 MYT
Oktober 19, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 Oktober 2024.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kedukaan selepas pemimpin Hamas, Yahya Sinwar meninggal dunia akibat dibunuh rejim zionis Israel, pada Khamis lalu.
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada negara-negara kecil supaya mengambil tahu mengenai situasi yang berlaku di Asia Barat.
Perintah Gaji Minimum (PGM) sebanyak RM1,700 yang akan berkuat kuasa Februari tahun depan terpakai kepada semua pekerja termasuk pekerja bukan warganegara di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.
Pembaikan tandas hospital dan wad pesakit yang uzur akan diberikan tumpuan segera menerusi peruntukan Belanjawan 2025, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Sektor pendidikan yang menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2025 disifatkan sebagai memenuhi keperluan semua segmen pelajar dan mampu mengangkat martabat rakyat melalui pendidikan.
Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri G. Vadiveloo meninggal dunia pada 11.30 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat sehingga peringkat akar umbi terutama golongan miskin dan miskin tegar dapat menikmati pelbagai inisiatif yang disediakan dalam Belanjawan 2025.
Sabah mampu dibangunkan dengan baik secara bersama apabila tiada ketirisan berlaku terutama dalam pelbagai bentuk bantuan dan projek pembangunan yang disalurkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah, akan menunjukkan lokasi di mana dia didakwa dikurung selama kira-kira sebulan.
Sarawak berhasrat untuk menjadi kuasa besar ASEAN dalam sektor pembekalan tenaga elektrik, selepas mengambil kira kemampuannya mengeluarkan tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen dan solar apung.