Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 18, 2024 23:59 MYT
Oktober 18, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 Oktober 2024.
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak menunjukkan objek menyerupai pistol dalam satu insiden pertengkaran dikatakan berlaku di sebuah medan selera di Puchong, Selangor, Isnin lalu.
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan yang diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis disifatkan satu detik bersejarah buat negara, selepas menerima sokongan lebih dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.
Nisbah pesakit kanser payudara negara meningkat bermula lima tahun lepas, dengan seorang daripada 23 wanita berisiko mendapat penyakit itu, kata Ketua Perkhidmatan Surgeri Payudara dan Endokrin Malaysia, Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu.
Kerajaan akan memperluaskan skop Cukai Perkhidmatan meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.
Sesi latihan regata bertukar tragedi apabila lima peserta dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam berhampiran Royal Bay Commercial Centre, Jalan Buruh Bintawa, di sini hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2025 mengajak penjawat awam menerapkan budaya kerja baharu untuk menambah baik kecekapan tahap perkhidmatan kepada rakyat.
Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI meletakkan keutamaan memastikan kesejahteraan perumahan mampu milik untuk rakyat.
Berita gembira untuk penjawat awam apabila kerajaan bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak RM500.
Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.