Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 16, 2024 23:58 MYT
Oktober 16, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Oktober 2024.
Ringgit menokok sedikit berbanding dolar AS pada Rabu berikutan Indeks Dolar AS (DXY) terus meningkat selepas calon pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan hasrat menaikkan tarif import untuk melindungi dan meningkatkan ekonomi AS.
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah yang sepatutnya bersambung hari ini, ditangguhkan berikutan bekas Perdana Menteri itu dikejarkan ke Insititut Jantung Negara (IJN), lewat petang semalam.
Setahun selepas kerja pembangunan dimulakan, projek Pulau Silikon di sini menyaksikan kemajuan mengikut jadual dengan kepentingan rakyat Pulau Pinang terutamanya nelayan dijaga dengan baik.
“Hidup dan mati saya, Insya-Allah di rumah ini. Saya sayang rumah ini,” itu kata penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam, mengenai kediaman banglonya yang telah didiami hampir 30 tahun.
Bagaimanapun, Nancy berkata pihaknya tidak dapat memastikan sama ada perbuatan itu dilakukan oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan atau sebaliknya.
Mohd Asri berkata, kebanyakan besar umat Islam tidak memahami berkaitan ajaran Al-Ashairah dan Al-Maturidiah yang ingin dijadikan sebagai identiti Ahli Sunnah wal Jamaah.
Sejumlah 3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
abatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi Khamis.
Isteri kepada Adnan Ismail, 54, lelaki yang maut dibaham harimau tidak menyangka tindakan suaminya bangun tidur lebih awal daripada kebiasaan pada pagi semalam menjadi petanda dia akan pergi selamanya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu enam lagi premis berhubung skandal rasuah yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).