Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 15, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Oktober 2024.
1. Hujan lebat cetus tanah runtuh di Taman Melawati
Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.Kejadian tersebut tular di media sosial melalui video yang menunjukkan runtuhan tanah berlaku berhampiran kawasan perumahan.
2. Sidang Dewan Rakyat tangguh 30 minit, Ahli Parlimen 'sangkut' dalam banjir
Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi pada Selasa terpaksa ditangguhkan setengah jam disebabkan hujan lebat dan banjir sekitar ibu negara.
3. Dakwaan Bloomberg: PDRM sudah ambil tindakan siasat individu terkait - Anwar
Anwar menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan perundangan yang bersesuaian.
4. Hujan lebat, beberapa jalan menuju pusat bandar dilanda banjir kilat
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku antara jam 9 hingga 11 pagi, Selasa di beberapa kawasan.
5. 18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai
Cef selebriti dan penyanyi popular Datuk Fazley Yaakob mengesahkan rumah tangga yang dibina selama 18 tahun bersama Azrene Soraya Abdul Aziz sudah berakhir dengan perceraian.
6. Sistem pengaliran tersumbat punca tanah runtuh di Taman Melawati - Alexander
Kejadian tanah runtuh yang berlaku di lereng bukit Jalan E6 Taman Melawati di sini, pagi Selasa dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, yang tersumbat.
7. Menteri KDN sahkan pengikut GISB masih amal Aurad Muhammadiah
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa ahli dan pengikut GISB masih lagi mengamalkan mengamalkan kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam.
8. Kerajaan hanya pinjam untuk biaya defisit fiskal, hutang matang - Amir Hamzah
Kementerian Kewangan hanya membuat pinjaman untuk membiayai defisit fiskal dan hutang yang matang bagi sentiasa memastikan ia tidak meminjam secara berlebihan.
9. Transformasi perkhidmatan awam perlu cakupi kecekapan rancang pembangunan - PM
Transformasi perkhidmatan awam perlu mencakupi kecekapan perancangan pembangunan terutama dalam mencari pendekatan baharu terkait isu kelewatan pelaksanaan projek, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Hanya Syed Saddiq beri maklum balas draf MoU peruntukan pembangkang - Dr Zaliha
Hanya Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah memberikan maklum balas rasmi berhubung draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
#berita pilihan #tempatan #GIBs #tanah runtuh
;