Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 12, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 12 Oktober 2024.
1. Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Polis mengesahkan empat pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat yang hilang sebelum ditemui semula pada Jumaat, mempunyai kesan kecederaan pada badan mereka.
2. Lebih 600,000 pekerja di Malaysia mungkin terkesan dengan AI dalam tempoh 5 tahun
Laporan Kajian Impak AI Terhadap Pasaran Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia melalui TalentCorp menyasarkan kira-kira 600,000 pekerja dalam tempoh 5 tahun akan datang mungkin terkesan dengan perkembangan kecerdasan buatan, digitalisasi dan ekonomi hijau.
3. Kedai popia terkenal di Melaka diarah tutup 14 hari kerana kotor
Sebuah kedai menjual popia terkenal di Jalan Munshi Abdullah di sini antara tiga premis makanan yang diarah tutup 14 hari bermula semalam kerana didapati kotor termasuk terdapat najis tikus.
4. Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Seorang wanita maut dalam kebakaran melibatkan sebuah unit rumah pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya, pagi ini.
5. Nahas tiga pelajar: UiTM bantu atur pertemuan
Pertemuan tersebut atas permintaan keluarga pemandu wanita terbabit yang berhasrat untuk menyampaikan permohonan maaf menerusi pertemuan empat mata dengan keluarga mangsa.
6. Subsidi diesel: Armizan sahkan antara disaman termasuk PM, kerajaan Persekutuan
Asas saman itu adalah kerana kita dianggap tidak adil, kita dianggap diskriminasi kerana tidak melaksanakan penyasaran semula subsidi diesel itu di seluruh negara secara serentak
7. GISB: Ibu bapa perlu kemukakan dokumen sah pertalian dengan anak - Nancy
Penjaga perlu mengemukakan kepada mahkamah dokumen pengesahan seperti surat beranak dan kad pengenalan diri.
8. Enam lagi ahli GISB akan didakwa di Johor pada Ahad
Enam lagi individu dipercayai ahli Global Ikhwan Services and Business (GISB) akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas kesalahan jenayah seksual dan pemerdagangan manusia, pada pagi Ahad.
9. Kapal latihan China JinggangShan pernah terlibat dalam misi pencarian MH370 - Exco
Satu daripada dua kapal latihan dari China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lepas pernah terlibat dalam misi pencarian pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 pada 2014.
10. Tragedi UiTM Dungun: Bapa mangsa cedera maafkan keluarga suspek
Bapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga suspek terlibat dalam kemalangan jalan raya di hadapan universiti itu Rabu lepas, yang menyebabkan anak lelakinya cedera.
#berita pilihan #tempatan #GISB #MH370
;