Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 10, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 10 Oktober 2024.
1. CFO Affin Bank Joanne Rodrigues dinobat `Wanita Paling Berkuasa di Asia'
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Affin Bank, Joanne Rodrigues dinobatkan sebagai 'Fortune's Most Powerful Women Asia 2024' oleh majalah Fortune.
2. Pemandu wanita rempuh tiga pelajar UiTM Dungun dipercayai tidak siuman
Pemandu wanita yang merempuh empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut dan seorang cedera parah dipercayai tidak siuman.
3. JAKIM diminta siasat video pelajar didakwa puja guru secara melampau
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta menyediakan laporan berhubung seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar yang mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab dalam sebuah majlis yang tular di media sosial semalam.
4. Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang membunuh seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 18 tahun lalu, terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, menggantikannya kepada hukuman penjara selama 40 tahun.
5. GISB: PDRM beku, sita harta RM19.9 juta, kesan aset luar negara RM52.4 juta
Fasa keempat Op Global Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyaksikan tindakan pembekuan dan penyitaan harta dalam negara berkaitan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd bernilai hampir RM19.9 juta.
6. Op Global: CEO GISB, isteri antara 58 direman di bawah SOSMA
Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, Nasiruddin Mohd Ali dan isterinya Azura Md Yusof antara 16 individu yang dikenakan tahanan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA bermula hari ini.
7. Cuti Sabtu, Ahad: Tak puas hati, dipersilakan pindah ke negeri yang cuti Jumaat, Sabtu - TMJ
Baginda bertitah, jika ada pihak yang tidak berpuas hati demi agenda peribadi, dan hanya hendak melagakan rakyat atau untuk kepentingan politik, mereka “dipersilakan pindah” ke negeri yang masih bercuti pada Jumaat dan Sabtu.
8. Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Syarikat keselamatan siber dan privasi digital global Kapersky, memuji Malaysia yang menunjukkan kemajuan ketara dalam pengukuhan aspek keselamatan sibernya bagi menangani ancaman yang semakin meningkat di dalam dan luar talian.
9. Polis, pihak berkuasa agama sediakan syor tangani usaha hidupkan semula fahaman GISB
Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran serta fahaman dibawa GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak dihidupkan semula.
10. ASEAN gesa kekalkan keamanan di Laut China Selatan, segera muktamadkan CoC - PM Anwar
ASEAN menggesa semua pihak untuk menyatakan komitmen mengenai kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, demikian gesaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;