Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 5, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
1. Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Anwar berkata masih terdapat keperluan untuk memberi tumpuan kepada menaikkan tahap pendapatan.
2. Rangkaian pusat kanser diperluas di Kedah, Sarawak - Fadillah
Dua pusat baharu yang akan ditubuhkan ialah Pusat Kanser Wilayah Utara di Kedah dan Pusat Kanser Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.
3. GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Ujian "paterniti" akan membolehkan hubungan genetik dikenal pasti tanpa bergantung kepada dokumen atau saksi yang sering sukar didapati.
4. Pandangan hukum sudah ada, tunggu perkenan Majlis Raja-Raja - Mohd Naím
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) sudah mempunyai pandangan hukum mengenai doktrin dipercayai ajaran sesat diamalkan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.
5. Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat agar memberikan sokongan kepada usaha kerajaan dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
6. Pahang fatwa pengikut GISB menyeleweng dan sesat
Jabatan Mufti Pahang menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang bersetuju memutuskan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) sebagai menyeleweng dan sesat.
7. Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah diteruskan dengan kos RM13.989 bilion
Kementerian Kerja Raya (KKR) komited untuk melengkapkan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) bagi meningkatkan jaringan infrastruktur jalan raya Persekutuan di Sabah.
8. ATM lakukan siasatan penuh kekecohan di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
9. Pesara guru maut ditikam anak lelaki
Seorang pesara guru maut akibat ditikam anak lelakinya di rumahnya di Kampung Senaling, Kuala Pilah di sini, petang tadi.
10. Perpaduan umat Islam dan bukan Islam prasyarat pembangunan ekonomi mampan - PM Anwar
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang serta kesempatan untuk terus berada dalam keadaan aman damai, sekali gus peluang menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#berita pilihan #tempatan #Lebuhraya Pan Borneo #GISB
;