Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 2, 2024 23:57 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
1. Pelaburan RM27 bilion Oracle bukti Malaysia destinasi inovasi teknologi di Asia Tenggara - MITI
Ia juga merupakan satu langkah penting ke arah merealisasikan visi Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) untuk mewujudkan 3,000 kilang pintar menjelang 2030.
2. Tikam 20 kali: Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman
Mahkamah menetapkan 8 Nov ini untuk sebutan kes bagi laporan kimia dan bedah siasat.
3. Ceroboh Lahad Datu: Hukuman mati terhadap tujuh warga Filipina kekal
Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh kesemua tujuh individu berkenaan.
4. Lelaki warga Bangladesh didakwa heret kucing sambil menaiki motosikal
Seorang pekerja pembersihan warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kesakitan ke atas seekor kucing.
5. Tindakan Najib jelas menunjukkan kepentingannya dalam 1MDB - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya berkata menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan membuktikan penglibatan dan kepentingan bekas Perdana Menteri itu dalam 1MDB untuk memperoleh keuntungan haram.
6. Keputusan J/kuasa Fatwa Negeri mengenai GISB disembah maklum kepada Sultan Selangor esok
Pada 20 Sept, Sultan Selangor menzahirkan rasa dukacita dengan berita berkaitan siasatan pihak polis terhadap kegiatan jenayah oleh GISB dan rangkaiannya.
7. GISB: Johor tubuh jawatankuasa khas pulih akidah, selaras bantu anak pengikut
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemurniaan Pengikut-Pengikut Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd yang akan berperanan merangka gerak kerja pemulihan akidah.
8. Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
9. BAM umum 13 pemain tinggalkan skuad kebangsaan, Pearly-Thinaah kekal beregu wanita
Persatuan itu dalam kemas kini di laman Facebook rasminya berkata, BAM merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pemain terbabit dan mengiktiraf dedikasi serta sumbangan mereka kepada negara.
10. Kes Lahad Datu: Keputusan mahkamah setimpal dengan sifat, kezaliman tertuduh - Azalina
Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap tujuh lelaki warga Filipina adalah setimpal dengan sifat dan kezaliman mereka terhadap pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Kampung Tandou, Lahad Datu pada 2013.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI
;