Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 30, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 September 2024.
1. Tiga kanak-kanak ditahan kerana disyaki rogol rakan sekampung
Tiga kanak kanak lelaki berumur antara 12 hingga 14 tahun ditahan kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun di sebuah kebun dalam daerah Tawau pada Khamis.
2. Dua beranak maut kereta langgar tembok jambatan
Perjalanan pulang empat beranak berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki merempuh tembok jambatan di Kilometer 21 Jalan Kuala Pilah-Tampin.
3. Sindrom kebergantungan golongan rentan perlu ditangani - PM
Masalah kemiskinan tegar di negara ini hanya boleh diselesaikan dengan memerdekakan golongan rentan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. Bekas pensyarah USM Prof Dr Ahmad Atory meninggal dunia
Bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr Ahmad Atory Hussain meninggal dunia pada 6.37 pagi Isnin.
5. Kerajaan beralih kepada konsep pendapatan boleh guna bersih sebagai asas beri bantuan
Kerajaan akan beralih kepada pengukuran kemiskinan lebih bermakna berdasarkan konsep Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI) sebagai asas dalam mengenal pasti kumpulan sasar untuk pemberian bantuan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6. Aktiviti keganasan: Akta baharu mungkin perlu untuk keselamatan negara - PM Anwar
Ada keperluan untuk mewujudkan akta berkaitan keselamatan negara yang baharu, sekiranya undang-undang sedia ada belum cukup ampuh untuk menjamin keselamatan Malaysia daripada unsur dan pengaruh luar.
7. Sabari diikat, mulut ditutup sebelum dicampak ke dalam sungai - Polis
Misteri kehilangan pesara Felcra, Sabari Baharom, 62, di Baling terungkai selepas polis memberkas dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat membunuh mangsa.
8. Kes buruh paksa: Pengurusan tertinggi GISB antara 24 individu direman sekali lagi
Seramai 24 individu termasuk pengurusan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes buruh paksa.
9. Bekas CEO 1MDB bukan saksi yang boleh dipercayai - Peguam Najib
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Mohd Hazem Abdul Rahman bukanlah seorang saksi yang boleh dipercayai kerana keterangannya tidak konsisten dan dipenuhi dengan percanggahan.
10. Anak Sabari kenal suspek, anggap tindakan amat kejam
Anak lelaki kepada pesara Felcra, yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dekat sini, mengakui mengenali suspek dan menyifatkan perbuatan mereka sebagai tindakan yang sangat kejam.
#berita pilihan #tempatan #GISB #meninggal dunia
;