Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 28, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 September 2024.
1. UNGA 79: Delegasi Malaysia tinggalkan dewan, saat kemunculan Netanyahu
Delegasi Malaysia antara kumpulan yang meninggalkan dewan perhimpunan agung sebelum giliran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyampaikan perbahasan umum di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau UNGA ke-79.
2. Malaysia gesa PBB ambil tindakan segera tangani isu Palestin, Myanmar
Malaysia menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan yang segera demi mencapai keamanan bagi rakyat di Palestin dan Myanmar.
3. Premis GISB di Selangor diarah tutup, aset dirampas - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil tindakan dengan mengarahkan semua premis Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di negeri itu ditutup serta merampas segala aset syarikat berkenaan.
4. Susan Lankester menang National Winner kategori Aktres Terbaik di AACA 2024
Pelakon tanah air Susan Lankester, meraih National Winner bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024.
5. Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus
Pemain boling padang Pulau Pinang Mohd Firdaus Ab Rahman menyambar pingat emas terakhir temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024 di sini selepas memenangi acara perseorangan lelaki B8 (kecacatan fizikal) pada Sabtu.
6. Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Kestabilan politik yang dikecapi sejak dua tahun lepas di Malaysia tidak harus disalah guna oleh pemimpin politik bagi mengukuhkan kedudukan sebaliknya perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
7. GISB: Polis siasat dakwaan pusat kuarantin jadi tempat indoktrinasi di dalam, luar negara
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujudnya pusat kuarantin kendalian Global Ikhwan Service and Business (GISB) di dalam dan luar negara.
8. Warga emas sasaran berkualiti 'scammer'
Polis menerima 21,535 laporan berkait penipuan dalam talian dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
9. Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
10. Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 163 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 163 orang daripada 59 keluarga setakat 8 malam Sabtu berbanding 139 orang daripada 47 keluarga pada sebelah petang.
#berita tempatan #berita penting #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia
;