Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 23, 2024 23:59 MYT
September 23, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 September 2024.
Siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) masih mengamalkan Tarekat Aurad Muhammadiyah yang disahkan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar pada 1994.
Sebarang keputusan untuk mendakwa Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings mengamalkan ajaran sesat atau sebaliknya bukan ditentukan oleh menteri.
Inflasi Malaysia pada Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus dengan mata indeks mencatatkan 133.2 berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Pasangan yang masing-masing berusia 30 dan 26 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim.
Kesemua suspek yang ditahan di bawah fasa empat ini akan direman sehingga 28 September depan bagi membantu siasatan.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata banjir kali ini melibatkan ramai mangsa terpaksa dipindahkan namun tidak seburuk pernah dialami pada 2010.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, berkata kebanyakan anak terbabit diletakkan di pusat jagaan kendalian GISB dan dianggap banyak pihak sebagai anak yatim.
8. Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Empat beradik berusia enam hingga 11 tahun yang terpisah daripada bapa sejak 2021 adalah antara kanak-kanak yang diselamatkan polis dalam Ops Global di sebuah rumah di Tapah, Perak pada Sabtu lalu.
Seorang anggota tentera maut akibat terkena tembakan dipercayai dilepaskan oleh orang awam yang sedang memburu binatang di kawasan hutan KM 8, Jalan Balak Multiplus, Song, awal pagi ini.