Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 22, 2024 23:57 MYT
September 22, 2024 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 22 September 2024.
Hasil rampasan Op Global fasa keempat oleh polis dan beberapa agensi lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dijadikan bukti sokongan untuk menentukan status pegangan akidah pengikut kumpulan GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang mayatnya dijumpai di sekitar Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Dakwaan yang mengaitkan pegawai kanan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kegiatan melindungi Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd adalah tidak benar dan berniat jahat.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan beliau ke Jepun kerana bercuti atau berbulan madu baru-baru ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjangkakan kos bagi kerja-kerja membaik pulih infrastruktur yang rosak dan kerugian ternakan serta tanaman akibat kejadian banjir di negeri itu sejak minggu lalu melebihi RM100 juta.
Pengerusi dan pengetua sebuah madrasah di Kuala Pilah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada Sabtu.
Tiga anak lelaki bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang ditahan dalam Op Global semalam, dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka dengan bon jaminan sebanyak RM1,000 setiap seorang, pada Ahad.
Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai saingan Terbuka China dengan menewaskan pasangan tuan rumah di Changzhou
Kemelut isu mengeksploitasi kanak-kanak dan agama yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd kian hangat selepas semakin ramai individu tampil mendedahkan pengalaman sebagai bekas serta ahli kumpulan itu di media sosial.
Kata Dr Mahathir, masa depan negara bergantung pada siapa yang memegang kuasa, dan pemimpin seharusnya dalam kalangan mereka yang berpengetahuan, berwibawa dan memahami peranan teknologi moden.