Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 21, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 September 2024.
1. Osman Bakar dilantik Rektor Universiti Islam Antarabangsa
Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini mengumumkan pelantikan pemikir Islam tersohor tanah air, Datuk Prof. Emeritus Osman Bakar sebagai Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-7.
2. Pusat perniagaan GISB di Rawang diserbu, 10 individu diperiksa
Kira-kira 10 individu diperiksa dalam serbuan di pusat perniagaan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Bandar Country Homes, di sini, pada Sabtu.
3. PM Anwar umum peruntukan RM13 juta bantuan pascabanjir Kedah
Kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan RM13 juta untuk bantuan pascabanjir di Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4. Sultan Selangor zahir kekecewaan isu GISB lewat ditangani
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekecewaan susulan kegagalan pihak berkuasa menangani kegiatan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd yang telah berlarutan dalam tempoh yang lama.
5. Op Global: Polis serbu tiga rumah keluarga CEO GISB di Kelantan
Polis Kelantan hari ini menyerbu tiga buah rumah yang dipercayai menjadi penempatan keluarga ketua pegawai eksekutif Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di Kampung Panji, di sini.
6. Op Global: 200 individu disyaki ada kaitan GISB ditahan bantu siasatan - KPN
Seramai 200 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd telah ditahan dalam Op Global sejak 11 September lalu.
7. PM Anwar minta wujudkan Kursi Dr Syed Husin Ali di Universiti Malaya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Kursi Dr Syed Husin Ali diwujudkan di mana-mana fakulti Universiti Malaya (UM) bagi mendalami pemikiran sarjana itu.
8. 430,000 gagal bayar balik pinjaman PTPTN berjumlah RM6 bilion - Zambry
Seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan sebanyak RM6 bilion.
9. Menteri Besar Kedah wajar utamakan rakyat hadapi ujian banjir - Dr Taufiq
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sewajarnya meletakkan keutamaan lebih tinggi untuk bersama-sama rakyat negeri itu yang sedang menghadapi ujian banjir, kata Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Taufiq Johari.
10. 155 individu disyaki terlibat GISB ditahan dalam Fasa 4 Op Global - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu melancarkan Fasa 4 Op Global yang tertumpu di semua negeri di Semenanjung Malaysia bagi mengesan saki-baki ahli yang terlibat dengan organisasi Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd.
#berita pilihan #tempatan #GISB #banjir
;