Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 19, 2024 23:57 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 19 September 2024.
1. PM minta FAM sedia pelan, KPI jamin peningkatan prestasi Harimau Malaya
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta untuk menyediakan pelan perancangan dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk menjamin peningkatan prestasi skuad Harimau Malaya.
2. Program ISS: Rawatan percuma hingga RM10,000 setahun untuk rakyat Selangor
Kerajaan Negeri Selangor terus komited dalam menyediakan kemudahan kesihatan kepada Rakyat Selangor melalui Program Iltizam Selangor Sihat (ISS).
3. 10 perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi dibatalkan
Sebanyak 10 perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan angin kencang dan ombak besar di perairan Kuala Kedah hari ini.
4. Pimpinan utama GISB, isteri dan dua anak antara 19 direman tujuh hari
Kesemua mereka terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita ditahan di lokap berpusat Ibu Pejabat Daerah Shah Alam, Selangor.
5. Tiga pembantu pengajar GISB mengaku tidak bersalah amang seksual
Tertuduh, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21, Muhammad Khunnais Fathie Khabil, 20, dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 22, masing-masing berdepan lima, enam serta tiga pertuduhan.
6. Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan melonjak kepada 4.2025/2105 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 semasa ditutup pada Rabu, mengekalkan kedudukannya sebagai antara mata wang berprestasi tinggi di rantau Asia.
7. Harimau Malaya daki dua anak tangga, kini ranking ke-132 dunia
Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu mengumpul keseluruhan 1,117.64 mata untuk meningkat daripada posisi ke-134 dunia yang dihuni sejak 18 Julai lepas.
8. Penentuan nasab kanak-kanak pusat amal GISB bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri
Penentuan nasab sebahagian kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business (GISB) Holdings menerusi Op Global pada 11 Sept lepas adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri.
9. Situasi makin memburuk, Kedah kekal negeri paling tinggi mangsa banjir
Situasi banjir di beberapa negeri terus memburuk dengan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
10. 1MDB: Seorang meninggal dunia, seorang tidak tahu di mana, keterangan saksi hanya 'dengar cakap'
Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan, mahkamah tidak sepatutnya mengambil kira keterangan saksi-saksi pendakwaan dalam kes penyelewengan dana 1MDB kerana semuanya adalah keterangan ‘dengar cakap’ yang tidak dapat disahkan.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;