Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 18, 2024 23:56 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 September 2024.
1. Ahli GISBH mengaku tidak bersalah, mohon ikat jamin ringan kerana baru timang anak ke-10
Seorang ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, atas tuduhan mengugut seorang wanita untuk menarik balik laporan polis terhadap syarikat itu awal bulan ini.
2. Kes Zayn Rayyan: Nama kekal dalam kertas pertuduhan
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
3. Penyumbang pembinaan mercu tanda ikonik dunia, Eversendai jadi kebanggaan negara
Syarikat pembinaan kebanggaan negara, Eversendai Corporation Bhd merupakan antara penyumbang pembinaan beberapa mercu tanda ikonik di dunia termasuk Burj Khalifa (Dubai), Al Shams Sky Tower (Abu Dhabi) dan Menara Berkembar KLCC serta Menara Merdeka 118.
4. Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
Dua anak Mahathir iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani telah melakukan pengisytiharan harta mengikut masa yang telah ditetapkan.
5. Sindiket 'counter setting': 49 pegawai imigresen, seorang polis, 10 ejen ditahan - SPRM
Sebanyak 49 penguat kuasa terlibat adalah pegawai di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan seorang lagi merupakan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
6. Dua pelancong warga China maut, kenderaan dihempap pokok, konkrit
Kedua-dua mangsa dikatakan baru sahaja memasuki kenderaan tersebut yang diparkir di hadapan bangunan Penang Peranakan Mansion.
7. Komposer veteran Ooi Eow Jin meninggal dunia pada usia 86 tahun
Pengarah muzik veteran Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia pada usia 86 tahun akibat sakit tua di Hospital Kuala Lumpur pada kira-kira 3.30 petang Rabu.
8. Notis pengisytiharan harta kepada SPRM untuk siasatan terhadap bapa - Mirzan dan Mokhzani
Dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Mirzan dan Tan Sri Mokhzani berkata mereka bukan subjek dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Kertas Pandora serta Kertas Panama.
9. Jemaah Menteri setuju kekal dasar sedia ada permohonan sijil halal - Ahmad Zahid
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju untuk mengekalkan dasar sedia ada berkaitan permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10. Ini bukan masanya untuk perkenal semula peperiksaan - CEO Untuk Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menumpahkan segala tenaga untuk meyakinkan bahawa sebarang isu pendidikan semasa boleh diselesaikan tanpa perubahan dasar yang membebankan murid.
#berita tempatan #berita pilihan #Berita AWANI #berita Malaysia
;