Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 17, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
1. Kes GISB: Di atas mungkin nampak mulia, di bawah jadi hamba - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menempelak pihak yang mendakwa Op Global dan siasatan terhadap Global Ikhwan Service and Business Holding (GISB) adalah tindakan berbaur politik.
2. Angin kencang: Puluhan pokok tumbang di Pulau Pinang
Puluhan pokok dilapor tumbang di negeri ini susulan angin kencang dan hujan lebat sejak awal pagi Selasa.
3. Mpox: Satu kes positif pada 16 Sept, pesakit dalam keadaan stabil - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes positif mpox varian clade II di negara ini pada Isnin.
4. Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan menyeluruh
Seri Paduka Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di media massa mengenai rumah amal berkenaan.
5. Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Beliau hadir pada Selasa bagi menyambung perbicaraan rasuahnya atas penyelewengan dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
6. Ahli Parlimen PN tolak draf MoU kerana punya niat tersirat - Muhyiddin
Beliau mendakwa, MoU berkenaan mempunyai niat tersirat untuk mengekang kebebasan Ahli-ahli Parlimen dalam menyuarakan hasrat pengundi yang memilih mereka ke Dewan Rakyat.
7. SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Biarpun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan, itu tidak bermaksud kerajaan boleh berpuas hati, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi
8. LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Gabungan air pasang besar berserta hujan lebat dan ribut menyebabkan fenomena ombak besar yang menghempas kawasan tepi laut Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih.
9. Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan menebus kekecewaannya di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
10. PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap kementerian perlu melakukan persediaan yang mantap dan menyeluruh memandangkan hanya berbaki beberapa bulan sebelum Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN 2025 daripada Laos.
#berita tempatan #berita pilihan #berita dalam negara #Berita AWANI
;