Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 16, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 September 2024.
1.Ezam Mohd Nor, Mazlan Ismail sah sertai Pas
Pas mengumumkan bekas pemimpin PKR, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dan bekas calon Barisan Nasional Pilihan Raya Umum ke-13, Datuk Dr Mazlan Ismail menyertai parti itu secara rasmi.
2. 34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Seorang pemandu bersama 33 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran dua tingkat merempuh pembahagi jalan di Kilometer 273.5 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di Ipoh, awal pagi ini.
3. Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Penubuhan Malaysia pada 1963 adalah berasaskan dokumen-dokumen Perlembagaan yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dipertikaikan.
4. Bekas pengikut GISB akan dipanggil beri maklumat - Mohd Na'im
Maklumat daripada bekas pengikut tersebut penting untuk membolehkan isu berkaitan kumpulan berkenaan dimuktamadkan sama ada ia menyeleweng atau sebaliknya.
5. Kes GISB: Dipercayai banyak lagi penderaan, polis akan siasat - KPN
Beliau akan meminta pegawai Pasukan Petugas Khas untuk membuat laporan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
6. Fadillah dedah draf sebenar MoU peruntukan pembangkang
Tindakan diambil bagi membolehkan rakyat menilai sendiri bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai perjanjian terbabit adalah tidak berasas sama sekali.
7. Kerajaan tekad martabatkan semua negeri, bina Malaysia bersama - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk belajar daripada sejarah penubuhan Malaysia dan menghargai pengorbanan para pejuang dalam membentuk wawasan dan masa depan negara.
8. Al-Sultan Abdullah tidak mahu ajaran sesat bertapak di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa baginda tidak mahu sebarang ajaran sesat dan menyeleweng daripada agama Islam yang sebenar serta tidak mengikuti landasan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) bertapak di negeri itu.
9. Pereka dalaman dibunuh, 20 tikaman ditemui di tubuh - Polis
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya di sini pada awal pagi Isnin.
10. "Saya pernah bertanding di 13 negeri, semua saya sayang" - Lee Chong Wei
SEMPENA Hari Malaysia yang disambut seluruh negara hari ini, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, memberikan kata dua buat semua rakyat Malaysia agar dapat meraikan dengan semangat perpaduan dan patriotik yang tinggi.
#berita pilihan #tempatan #Hari Malaysia #ajaran sesat
;