Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 15, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 September 2024.
1. Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
2. MAHA 2024: Tumpuan penuh kepada sektor padi dan beras, serta ruminan - Mat Sabu
Kementerian telah mengenal pasti dua negeri lagi yang boleh membantu dalam mengembangkan lagi sektor padi dan beras negara.
3. Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
Barisan pimpinan parti itu lebih mementingkan jumlah pertambahan pengundi Melayu berbanding soal kemenangan.
4. Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong
Gandingan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, beroleh kejayaan pertama tahun ini selepas membenam pilihan kedua kejohanan, Liu Shengshu-Tan Ning di Kowloon, Hong Kong.
5. MoU Peruntukan: Syarat seperti difikirkan Kerajaan, terserah Pembangkang terima atau tidak - Zahid
Kerajaan menyerahkan kepada Pembangkang sepenuhnya untuk membuat ketetapan berhubung dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).
6. Kerajaan tidak pernah buat keputusan wajibkan sijil halal - Ahmad Zahid
Kerajaan tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk mewajibkan semua restoran dan syarikat pengendali makanan untuk memohon sijil halal.
7. ARRC: Hafizh Syahrin naik podium menjelang perebutan akhir kejuaraan di Buriram
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah daripada pasukan JDT Racing Team kembali memburu kejuaraan selepas meraih kedudukan podium pada Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.
8. Jangan jadikan anak murid sebagai bahan uji kaji, rombak semula peperiksaan - Zahid
Dasar pendidikan yang memansuhkan peperiksaan di tahun enam dan tingkatan tiga perlu dirombak dan disemak semula.
9. Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin parti itu adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
10. 'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
PENGARAH terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan di antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
#berita pilihan #tempatan #sektor padi dan beras #pengundi melayu
;