Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 13, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 September 2024.
1. Op Global: 13 kanak-kanak rumah amal GISB pernah diliwat - KPN
Semua kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dalam satu kertas siasatan.
2. Veteran UMNO Hussein Ahmad meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga pada jam 7 pagi.
3. Kematian Al Fateh: Pengasuh menangis teresak-esak di kandang tertuduh
Tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian bayi lelaki itu di sebuah taska di Taman Kelemak Utama antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi 6 Sept lalu.
4. Fazura dilapor fail cerai terhadap Fattah Amin
Teka-teki status rumah tangga Fazura dengan Fattah Amin 'terjawab' selepas aktres terkenal tanah air itu dilapor memfailkan perceraian terhadap suaminya, hari ini.
5. Eksploitasi kanak-kanak: PM Anwar mahu siasatan segera kes berkaitan GISB
Perdana Menteri berkata, isu berkaitan akidah, salah guna kuasa, salah guna agama serta penderaan adalah perkara besar, jika terbukti benar.
6. SSPA: Pegawai awam diberi tempoh opsyen 40 hari bermula 21 Okt
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap.
7. Calon PM: Saya tak sedia, tak bercita-cita - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan tidak bersedia dan tidak bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri walaupun wujud cadangan agar beliau menduduki jawatan nombor satu di Putrajaya.
8. 'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan melayan kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Melayu Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai lemah.
9. JAKIM bawa isu GISB ke MKI
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membawa isu berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
10. Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir
BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, berjaya mengatasi tentangan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon hari ini.
#berita pilihan #berita tempatan #JAKIM #fail cerai
;