Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 12, 2024 23:59 MYT
September 12, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 September 2024.
Muhammed Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dalam kenderaan dinaikinya minggu lalu.
Sebarang keputusan mengenai hasil kajian untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua restoran dan syarikat pengendali makanan adalah tertakluk di bawah kuasa Majlis Raja-Raja, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas pelumba negara yang mencipta nama di pentas Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias meninggal dunia pada usia 40 tahun semalam.
Pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dilaporkan telah kembali ke ibu dan bapanya, Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah Ismail.
Dalam kejadian itu mangsa dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah sebelum pergaduhan tercetus.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dengan memanggil saksi-saksi yang berkaitan.
Tertuduh, Azman Mohamed Nor,48, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sejurus satu pertuduhan terhadapnya.
SPRM Terengganu menahan seorang pemilik syarikat yang juga suami kepada bekas pegawai eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana disyaki menyalahgunakan jawatan bagi mendapatkan kontrak pembekalan pekerja bernilai kira-kira RM1.4 juta.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, kerjasama itu bukan sahaja dengan UMNO, tetapi juga semua pihak atas nama penyatuan Islam.
Isteri Tunku Mahkota Johor, Che Puan Mahkota Khaleeda Bustamam bertitah, cubaan untuk menggunakan agama sebagai alasan bagi perbuatan zalim bukan sahaja menghina undang-undang tetapi turut mencemar kesucian agama.