Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 10, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 September 2024.
1. Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.
2. ‘Abang Bas’ didakwa lakukan amang seksual, menangis di kandang tertuduh
Seorang pemandu bas yang ditahan kerana memuat naik rakaman video penumpangnya yang dipercayai pelajar sekolah rendah dan menggelarnya sebagai 'kesayangan' atau 'crush' didakwa di Mahkamah Sesyen Muar hari ini.
3. Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok hingga 14 Sept ini di Kuching, Sarawak antaranya bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
4. Isu sijil halal: DAP kekal bantu UMNO dalam PRK Mahkota
DAP kekal komited membantu kempen calon UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota walaupun berlaku perselisihan faham antara segelintir pemimpin kedua-dua parti berkaitan isu pensijilan halal.
5. Tiada tangkapan ke atas ketua polis negeri - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan berhubung tangkapan terhadap seorang ketua polis negeri oleh Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
6. Bekas pemain bola sepak Johor FA calon PRK Mahkota
Bekas pemain bola sepak Johor FA Mohamad Haizan Jaafar, 61, diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
7. Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah
Mahkamah Persekutuan hari ini telah mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak yang lain bertanggungjawab kerana memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, "The Sarawak Report -The Inside Story of the 1Malaysia Development Bhd (IMDB) Expose."
8. Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
JAGUH perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia, kini menduduki ranking ketiga dunia berdasarkan kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
9. Anak jumpa rangka bapa sudah lama meninggal dunia dalam rumah
Polis mengesahkan penemuan rangka seorang lelaki di sebuah pangsapuri di Kepong di sini, pada Khamis lalu.
10. Pendakwaan bantah rayuan isteri Daim dapatkan pasport kekal
Pihak pendakwaan bagi kes gagal mengisytiharkan harta membabitkan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid membantah rayuan isteri Tun Daim Zainuddin itu untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal di Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa.
#berita pilihan #tempatan #sijil halal #PRK Mahkota
;