Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 9, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 September 2024.
1. 10 hingga 13 peratus penjawat awam bankrap antara 2021 hingga tahun ini
Kira-kira 10 hingga 13 peratus daripada kes kebankrapan baharu yang didaftarkan antara 2021 hingga tahun ini melibatkan penjawat awam, kata Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) Datuk M Bakri Abd Majid.
2. Dua pekerja maut tertimbus runtuhan tanah
Dua pekerja maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan Elmina Ridge, di sini, pada pagi Isnin.
3. Reputasi tercalar, pencapaian kurang gah di Paris 2024
Pencapaian atlet paralimpik negara selama ini tidak pernah mengecewakan, malah menghasilkan kejayaan cemerlang, termasuk membawa pulang tiga pingat emas di Sukan Paralimpik, masing-masing pada Rio 2016 dan Tokyo 2020.
4. Penswastaan perlu utamakan kebajikan pekerja - PM Anwar
Perhatian khusus harus diberikan kepada keadaan upah, terutama bagi pekerja di peringkat rendah.
5. Tohmahan pihak Siti Bainun kes abai, aniaya Bella tanpa asas - Mahkamah
Menerusi keputusan penghakiman, Hakim Datuk Noorin Badaruddin berkata, tohmahan itu dibuat pembelaan Siti Bainun selaku perayu, ditujukan kepada Hakim, Izralizam Sanusi dalam hujahan bertulis.
6. Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak
Kapal terbabit dilaporkan berlegar di perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia, berdekatan pelantar minyak Velesto Energy NAGA 4, milik PETRONAS di Sarawak pada Sabtu.
7. SUHAKAM, PDRM lakukan kajian elak kematian tahanan lokap - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajar memperkenalkan langkah-langkah perlindungan dan prosedur yang lebih telus bagi mengelakkan kes-kes kematian dalam tahanan.
8. Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
9. Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Boleh berbicara dan memberi pandangan mengenai isu 3R iaitu agama, kaum dan raja selagi ia tidak melanggar garis perpaduan serta mencetus ketidakharmonian pelbagai kaum di Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10. Saman 1MDB: Jho Low pindah US$2.4 juta wang 1MDB ke akaun selebriti Hollywood
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah menggunakan syarikat samaran miliknya, untuk memindahkan sejumlah US$2.4 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun bank selebriti Hollywood Pharrel Williams dan Kim Kardashian.
#berita pilihan #tempatan #garis perpaduan #Siti Bainun
;