Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 7, 2024 23:53 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 September 2024.
1. One 168: "Syukur Alhamdulillah, Malaysia Boleh!"- Jojo
Jaguh Muay Thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, tampil dengan aksi sensasi apabila berjaya menewaskan Josue Cruz dalam aksi ONE 168: Denver, hari ini.
2. Agong beri amaran tarik balik darjah penerima yang cemar nama negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini memberi amaran akan menarik balik Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan daripada penerima yang terlibat dengan jenayah, mencemarkan nama negara atau dihukum oleh mahkamah.
3. Tidak lagi mampu menyanyi, menjahit, ibu tunggal kudung kaki rayu bantuan
Dia pernah memenuhi undangan pelbagai majlis sebagai penyanyi demi menyara kehidupan dua anak perempuannya yang masih bersekolah.
4. Tiada bukti Dr Mashitah, suami terlibat sindiket pemerdagangan manusia - KPN
Pemeriksaan polis mendapati tiada pelaburan dibuat beberapa individu termasuk Dr Mashitah di luar negara yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut.
5. Jakim diarah bertemu GISB, dapatkan penjelasan dakwaan terlibat ajaran sesat - Mohd Na'im
telah diarahkan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak GISB Holdings Sdn Bhd bagi mendapatkan maklum balas serta penjelasan berhubung dakwaan penglibatan syarikat itu dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa.
6. Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata, taska berkenaan dalam proses mendapatkan surat sokongan pendaftaran.
7. Tebing sungai runtuh, projek loji rawatan air tenggelam 19 meter
JBPM Selangor mengarahkan kerja-kerja pembinaan Projek Loji Rawatan Air berhampiran Taman Mas Puchong, di sini dihentikan serta-merta susulan runtuhan tebing sungai, pada petang Sabtu.
8. Budaya kanak-kanak di bawah pemerhatian awam cabuli hak privasi
Perkongsian gambar dan video kanak-kanak tanpa persetujuan mencabuli hak privasi dan memberi impak negatif yang boleh mengakibatkan kesan psikologi jangka panjang kepada diri mereka.
9. Pengalihan DNS tidak jejas aktiviti internet, sekat laman web langgar undang-undang - MCMC
Pelaksanaan arahan ini bertujuan melindungi pengguna daripada akses kepada laman web yang memiliki kandungan dalam talian berbahaya.
10. PM Anwar, Prabowo tekad tingkat hubungan serumpun dua hala
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Terpilih Indonesia Prabowo Subianto hari ini bertekad untuk meningkatkan hubungan serumpun dua hala antara kedua-dua negara.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;