Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 2, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 September 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 September 2024.
1. PM mahu langkah reformasi pentadbiran awam dilaksanakan segera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan supaya langkah-langkah reformasi dalam pentadbiran awam dilaksanakan segera.
2. Satu lagi pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik
Sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad malam.
3. Rasa seperti mati, hidup semula - Mangsa dihempap kayu balak
Mangsa yang dihempap kayu balak terjatuh dari lori di lampu isyarat dekat Persimpangan Bendahara, di sini pada 9 Julai lalu telah sembuh dan keluar dari hospital selepas hampir sebulan menerima rawatan dan beberapa kali terpaksa ditidurkan.
4. MAB sahkan pesawat MH66 KL-Incheon berpatah balik, hadapi masalah teknikal
Malaysia Airlines Berhad (MAB) memaklumkan pesawat MH66 dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1.30 pagi selepas mengalami masalah teknikal.
5. SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis menubuhkan sebuah syarikat dinamakan SG4 Sdn Bhd bagi berkongsi kekayaan dan mengagihkan hasil secara saksama.
6. Rakaman CCTV kes warga Israel tidak boleh didedahkan kepada umum - Mahkamah
Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam kes membabitkan warga Israel, Avitan Shalom yang berhadapan dengan pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api; agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes itu tidak didedahkan kepada pihak umum selain saksi pakar.
7. PRK DUN Mahkota: Calon BN pasti diterima pengundi - Zambry
Calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Johor pasti merupakan calon yang dapat diterima oleh pengundi kawasan berkenaan, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
8. Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou sumbang emas pertama buat Malaysia
Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia selepas menang pada aksi final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024, pada Isnin malam.
9. Motosikal baharu 150cc ke atas perlu dilengkapi ABS mulai tahun depan - Ahmad Zahid
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10. 41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan setakat Jun - Sim
Sebanyak 41,278 kemalangan berkaitan kerja dilaporkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat Jun tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
#berita pilihan #tempatan #perkeso #Rakaman CCTV