Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 1, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Septembar 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 September 2024.
1. Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei bangkit roboh tembok China untuk bergelar juara
Tang Jie- Ee Wei berjaya mengatasi pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian 17-21, 21-13, 21-13.
2. Malaysia umum pencalonan kerusi lembaga eksekutif UNESCO
Malaysia bersedia bersaing untuk mendapatkan kedudukan dalam Lembaga Eksekutif UNESCO.
3. 'The Light Letters' buka jendela baharu kajian sejarah Kedah dan Kepulauan Melayu
Koleksi surat tersebut juga berupaya membuka ruang penulisan semula naratif kedudukan Kedah dalam sejarah global suatu masa dahulu.
4. MINDEF beri masa hingga Oktober ini untuk kontraktor hantar helikopter Black Hawk
Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberikan tempoh hingga Oktober ini kepada pihak kontraktor untuk membuat penghantaran empat helikopter sewaan UH-60A Black Hawk kepada Tentera Darat Malaysia (TDM).
5. Ahmad Zahid sedia disiasat dakwaan unsur tipu SD
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia disiasat berhubung dakwaan terdapat unsur tipu helah atau memperdaya Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika mengemukakan Akuan Berkanun (SD) bagi pembentukan Kerajaan Perpaduan.
6. Loga Bala sah Presiden MyPPP baharu
Datuk Dr J. Loga Bala Mohan diumum sebagai Presiden Parti Progresif Rakyat (MyPPP) baharu hari ini selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan jawatan utama parti itu.
7. Tanah jerlus Masjid India: Pemberian pampasan kepada keluarga dibawa ke Kabinet
Cadangan pemberian pampasan kepada keluarga wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.
8. Syarikat perladangan dicadang kembalikan 20 peratus tanah pajakan untuk faedah rakyat
Syarikat-syarikat perladangan yang telah tamat tempoh pajakan dengan kerajaan, dicadang untuk mengembalikan 20 peratus daripada keluasan tanah yang dipajak itu kepada kerajaan negeri, jika mahu kembali menyambung pajakan.
9. Kes pemerdagangan manusia libat ahli politik: Polis kesan lelaki bergelar Datuk Seri
Polis sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang turut mengaitkan pembabitan seorang ahli politik dan suaminya.
10. Tanah jerlus Masjid India: DBKL akan pasang pengadang, jamin keselamatan pengunjung
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memasang pengadang di kawasan sekitar lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, yang mengakibatkan seorang wanita warga India, G Vijaya Lakshmi terjatuh pada 23 Ogos lalu.
#berita pilihan #tempatan #jatuh cinta #tanah jerlus