Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 31, 2024 23:56 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Ogos 2024.
1. Menteri Kabinet ajak orang ramai pertahan kemerdekaan, kukuhkan perpaduan
Usaha mencapai kemerdekaan bukanlah suatu yang mudah, dan untuk itu rakyat Malaysia harus mempertahankannya.
2. Sambutan Hari Kebangsaan luar biasa, satu padukan rakyat Malaysia
Barisan menteri Kabinet menyifatkan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di sini hari ini adalah luar biasa dan berjaya menyatukan rakyat tanpa mengira kaum, agama atau budaya.
3. PM Anwar puji persembahan tarian 'cuci rasuah', sifatkan sebagai persembahan terbaik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan tarian 'Cuci Rasuah' yang dipersembahkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, di sini hari ini sebagai yang terbaik.
4. Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar dengan lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
5. Tanah jerlus Masjid India: Operasi SAR dihentikan hari ini, keselamatan faktor utama
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang selepas terjatuh dalam lubang tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, Jumaat minggu lalu, dihentikan pada Sabtu.
6. Tanah jerlus Masjid India: 'Terima kasih di atas usaha dilakukan semua'
Demikian ucapan penghargaan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman di hadapan para petugas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini pada Sabtu.
7. Tanah jerlus: India hargai usaha Malaysia, faham operasi SAR terpaksa dihenti
India memberikan penghargaan terhadap usaha Malaysia dalam mencari dan menyelamat (SAR) seorang rakyatnya, Vijaya Lakshmi Goli, 48, yang hilang susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.
8. Tanah jerlus: Henti sebar berita palsu KL tidak selamat, polis boleh ambil tindakan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta masyarakat agar segera menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung dakwaan kononnya Kuala Lumpur tidak selamat untuk didiami atau dikunjungi.
9. Bekas jururawat hilang, kali terakhir dilihat pertengahan Februari
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Che Nurul Izzah Che Salim pada jam 9.27 malam, Jumaat.
10. Kes pemerdagangan orang: Polis buka kertas siasatan terhadap bekas timbalan menteri
Polis Diraja Malaysia telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penglibatan seorang bekas Timbalan Menteri dalam sindiket pemerdagangan orang di Myanmar.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI
;