Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 30, 2024 23:59 MYT
Ogos 30, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 30 Ogos 2024.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan dasar yang diambil Kerajaan MADANI tidak akan mengenepikan kepentingan kumpulan miskin di negara ini.
Pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam hari ini selepas didapati bersalah merogol seorang wanita, lima tahun lepas.
Seramai 58 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Putra dekat Besut terselamat dalam kebakaran membabitkan bangunan asrama lelaki pada malam Khamis.
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa yang dihadapi bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketika ini pihak TLDM telah melakukan kerja awalan termasuk mengenal pasti serta memastikan peralatan di kapal terbabit masih dalam keadaan yang baik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehilangan Batu Puteh adalah kerana ‘kecuaian yang membawa pengkhianatan kepada negara’.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan golongan muda untuk banyak membaca, mencari kebenaran dan tidak terpedaya dengan dakyah palsu.
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau diminta oleh Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, untuk memadam mesej di aplikasi WhatsApp antara mereka kerana terdapat laporan berkaitan gangguan seksual melibatkan pendakwah itu.
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan wakil dari Taiwan, Yang Chu Yun-Teng Chun Hsun dalam aksi suku akhir Terbuka Korea Selatan di Stadium Tertutup Mokpo, hari ini.
Pemilihan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota kini di peringkat akhir, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.