Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 29, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Ogos 2024.
1. Najib tidak pernah minta dibebaskan - Ismail Sabri
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah meminta Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membebaskannya daripada pertuduhan kes yang dihadapinya di mahkamah.
2. Tanah jerlus Masjid India: Selaman ke lokasi objek tersekat berdepan kesukaran
Dua anggota Pasukan Penyelam di Air Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berdepan situasi mendebarkan ketika melakukan selaman awal pagi ini bagi mencari wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini, Jumaat lepas.
3. Laporan RCI berkaitan Batu Puteh akan dibentangkan di Parlimen - Azalina
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan akan dibentangkan di Parlimen.
4. Akta Hasutan: Usah jadikan isu Muhyiddin sebagai sentimen politik - PM Anwar
Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan berkenaan secara terus dari Istana Pahang.
5. Tanah jerlus Masjid India: Bomba kesan ‘backlog’ 15 meter, usaha rungkai sekatan
sekatan itu dikesan dalam lurang kumbahan dari lokasi mendapan tanah jerlus sehingga ke lokasi Wisma Yakin di ibu negara.
6. Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Pan-gon merayu kepadanya untuk menamatkan kontrak lebih awal atas alasan masalah keluarga pada ketika dia sebenarnya sudahpun mencapai kesepakatan dengan kelab Ulsan Hyundai.
7. Pegawai perubatan 'on call' dijangka terima berita gembira pada Belanjawan 2025 - Dzulkefly
Pegawai perubatan sektor awam dijangka menerima berita gembira berhubung semakan semula kadar elaun bertugas atas panggilan atau 'on-call' tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
8. Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
9. Saksi tidak serah telefon bimbit rakam panggilan video Ebit Lew kepada polis
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa beliau tidak menyerahkan sebuah telefon bimbit yang digunakan untuk merakam panggilan video dengan Ebit Irawan Ibrahim Lew, atau Ebit Lew, kepada polis.
10. Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memfailkan permohonan agar Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau dan tiga lagi berhubung pendakwaan berniat jahat.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI
;