Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 25, 2024 23:59 MYT
Ogos 25, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Ogos 2024.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar untuk membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara.
Seawal pagi, susuk pemuda ini - dengan wajah penuh sugul sudah berada di lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India, di sini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, walaupun sudah bebas dari penjajah tetapi negara sedang berhadapan dengan satu bentuk penjajahan yang dilakukan oleh kerajaan.
Perdana Menteri menegaskan, individu atau pihak tersebut tidak layak menjadi rakyat yang faham mengenai jiwa dan hati nurani manusia.
Kejadian yang berlaku ketika penugasan operasi pada jam 12 tengah hari Sabtu itu dipercayai berpunca daripada pelanggaran dengan objek di bawah air.
Dua lurang tersebut yang dibuat pencarian semula masing-masing adalah lima dan enam yang terletak berdekatan Agro Bank dan Bulatan Kinabalu.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Masjid India, di sini akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak untuk meningkatkan hak wanita bagi memastikan golongan itu dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam masyarakat.
Jumlah pengundi yang ramai, faktor komposisi kaum serta media sosial adalah antara tiga cabaran utama yang perlu ditangani jentera Barisan Nasional (BN), dalam mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada Pilihan Raya Kecil (PRK), bulan depan.
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini malam ini.