Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 23, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 23 Ogos 2024.
1. MB Terengganu kini bergelar jurutera profesional
Sejajar dengan kelayakan beliau, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kini bergelar jurutera profesional atau disebut sebagai Ir iaitu kelayakan tertinggi dalam profesion kejuruteraan di negara ini.
2. Tanah runtuh: 52 penduduk diarah kosongkan kediaman
Seramai 52 penduduk melibatkan 17 buah rumah teres di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn diarahkan berpindah serta-merta susulan sebahagian dinding penahan tanah yang runtuh akibat hujan lebat, semalam.
3. Jangan beri tanggungjawab kepada golongan terpalit rasuah - Sultan Nazrin
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan mereka yang terpalit rasuah dan salah guna kuasa.
4. Muhyiddin tiada SD mencukupi untuk jadi PM kerana terdapat pertindihan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa beliau mempunyai 115 SD adalah tidak benar.
5. Kepala air hanyutkan kenderaan di kawasan parkir kereta kabel Langkawi
Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian kepala air di tapak letak kenderaan Langkawi Skybridge Cable Car, di sini pada Jumaat.
6. Penyanyi lagu 'Abang Beca' M Rizal meninggal dunia
Penyanyi era 70-an, M. Rizal menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor malam tadi akibat ulser perut.
7. Tanah jerlus Masjid India: Mangsa dipercayai dihanyut arus deras - Polis
Wanita warga India yang terjatuh dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, dipercayai dihanyutkan arus deras bawah tanah.
8. Insiden kepala air Ulu Slim: 15 individu dikhuatiri terperangkap di Risda Eco Park
Dalam kejadian jam 6 petang itu kesemua mereka dipercayai tidak dapat keluar dari kawasan itu untuk menyelamatkan diri susulan kejadian kepala air dan pokok tumbang.
9. PM mahu penugasan penguat kuasa pelbagai agensi diselaras, ketirisan ditangani secara berkesan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu penugasan badan penguat kuasa pelbagai agensi diselaras dengan baik supaya ketirisan dan kebocoran hasil negara dapat ditangani secara berkesan.
10. Tanah jerlus Masjid India: Pasukan SAR masuk saluran kumbahan cari mangsa
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah diatur gerak memasuki saluran atau ‘chamber’ kumbahan bagi meneruskan pencarian wanita warga India yang terjatuh dalam tanah jerlus di Masjid India.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI