Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 22, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Ogos 2024.
1. ADUN Johol dikejarkan ke IJN akibat serangan jantung
Saiful Yazan dikejarkan ke IJN kira-kira pukul 3 petang semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).
2. Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah
Mendengar keputusan itu, riak wajah penyanyi lagu ‘Mimpi Laila’ ini kelihatan sugul sementara ahli keluarga termasuk anak perempuannya yang berusia 16 tahun, menangis ketika berada di galeri awam mahkamah.
3. Inflasi Malaysia pada Julai meningkat 2.0 peratus, kekal sejak Mei 2024
Peningkatan inflasi pada Julai 2024 telah didorong oleh peningkatan bagi kumpulan utama restoran dan perkhidmatan penginapan.
4. 'Mereka tidak cukup jumlah, hanya ada 105 akuan bersumpah' - Ahmad Zahid
Muhyiddin tidak mempunyai akuan bersumpah 115 Ahli Parlimen kerana 10 lagi akuan bersumpah daripada Barisan Nasional (BN) dianggap tidak sah.
5. PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu disasarkan kepada 1 juta pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk pelajar vokasional yang baharu.
6. Kejadian balas tembakan antara polis, penjenayah ambil kira keselamatan orang awam - Saifuddin
Beliau berkata aspek keselamatan dan nyawa anggota PDRM turut diberi perhatian.
7. Anwar kecam kegagalan masyarakat antarabangsa hentikan kekejaman Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kekecewaannya terhadap "kegagalan sepenuhnya" masyarakat antarabangsa dalam mendesak menamatkan kekejaman Israel di Gaza.
8. Kes 1MDB: Shahrol Azral desak federalisasi TIA - Peguam Najib
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi "amat bersungguh-sungguh" dan mendesak langkah federalisasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dinamakan sebagai 1MDB, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
9. ADUN Rembia perlu kemuka bukti sertai Pas sejak 2023 - Ketua Menteri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu mengemukakan bukti beliau menyertai Pas sejak 2023 sebelum persidangan DUN pada November ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
10. Aaron-Wooi Yik terima ganjaran SHAKAM RM100,000 seorang
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik masing-masing dianugerahkan RM100,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebagai mengiktiraf kemenangan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.
#berita pilihan #tempatan #Sukan Olimpik Paris 2024 #akuan bersumpah