Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 21, 2024 23:59 MYT
Ogos 21, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Ogos 2024.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang akan berlangsung pada minggu ini.
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa pukul 9.14 malam.
Paracetamol sering digunakan untuk melegakan demam dan sakit-sakit badan ringan oleh masyarakat.
Malah, rata-rata menyimpannya sebagai bekalan di rumah sekiranya diperlukan pada waktu tidak diduga.
Polis Kuala Lumpur mempertingkatkan kawalan dan keselamatan di dalam dan luar Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, menjelang perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Selangor FC, Sabtu ini
Bagi tujuan itu PDRM sedang mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Pejabat Peguam Negara berhubung tindakan selanjutnya.
Ia susulan pengecaman oleh lelaki warga asing terbabit ke atas mayat itu serta mengakui kanak-kanak berkenaan sebagai anaknya.
Perkara itu dipersetujui Perdana Menteri India, Narendra Modi di pertemuan pada Selasa susulan lawatan rasmi beliau ke negara itu.
Sering dimarahi kerana mempunyai masalah kewangan menjadi punca seorang lelaki warga Myanmar bertindak kejam dengan membunuh ibunya sendiri di Seksyen 25, Shah Alam Selangor.
Ganjaran wang tunai berjumlah RM60,000 seorang bakal menanti atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas buat negara pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.
Sayap Pemuda, Wanita, dan Puteri UMNO disaran untuk memastikan parti Melayu terbesar itu untuk terus bertahan dalam mengharungi ‘politik toksik’ yang kini berada pada skala yang sangat luar biasa.