Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 17, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Ogos 2024.
1. Kedaulatan negara tergadai jika pegawai tentera amal rasuah, salah guna kuasa - Agong
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kedaulatan dan maruah negara akan tergadai jika rasuah dan salah guna kuasa diamalkan dalam kalangan pegawai tentera.
2. Program TVET akan ditawarkan kepada pelajar luar negara - Ahmad Zahid
Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini bakal ditawarkan kepada pelajar luar negara, namun ia akan dikendalikan pihak swasta, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
3. Nusantara, lubuk ekonomi besar untuk Sarawak
Secara rasminya, Ibu Kota Nusantara (IKN) mula beroperasi pada Sabtu sebagai ibu kota Republik Indonesia yang baharu.
4. Anwar tempelak pihak cerca usaha kerajaan bawa pulang 41 rakyat Palestin cedera
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak pihak yang mencerca usaha murni kerajaan membawa pulang 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, semalam.
5. 51 pelajar Kolej Profesional Mara keracunan makanan
Seramai 51 penuntut Kolej Profesional Mara (KPM) Ayer Molek, Tiang Dua dekat sini dilaporkan mengalami keracunan makanan sejak Khamis lalu.
6. Anwar dedah pesawat TUDM bawa rakyat Palestin hadapi risiko ditembak Israel
Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhadapan risiko besar termasuk ditembak pesawat tentera Israel dalam misi membawa pulang 41 rakyat Palestin yang cedera ke negara ini.
7. 'Tak perlu lagi tunggu berjam-jam' - Anwar mahu penjawat awam tingkat perkhidmatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mutu perkhidmatan penjawat awam di seluruh negara perlu setanding dengan pelarasan gaji yang dinikmati mereka seperti diumumkan pada Jumaat.
8. Barisan Nasional menang PRK DUN Nenggiri
Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK), pada Sabtu. Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,352 undi dengan memperolehi 9,091 undi.
9. JPJ tambah 1 jam waktu operasi kaunter di KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah waktu pengoperasian kaunter selama satu jam di beberapa negeri terpilih berkuat kuasa Isnin ini, bagi memudahkan urusan pelanggan.
10. Tukang tilik bergelar 'Datuk' ditahan berhubung kes rogol
Polis menahan seorang tukang tilik dipercayai bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang wanita dalam kejadian di Puchong, Selangor.
#berita tempatan #berita pilihan #berita Malaysia #Berita AWANI