Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 16, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 16 Ogos 2024.
MyPerformance ganti LNPT, gaji tahunan hanya libat pegawai capai prestasi - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menambah baik aspek pengurusan prestasi, tatakelakuan dan pengurusan tatatertib dalam aspek pengurusan dan pembangunan bakat penjawat awam.
Pelarasan gaji penjawat awam: Pegawai Kumpulan Pelaksana, Pengurusan Profesional naik 15 %, pegawai tertinggi 7%
Kerajaan bersetuju melaksanakan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional secara berfasa bermula 1 Disember 2024.
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.
“Henti sebar fitnah mengenai abang saya” - Aufahanie beri peringatan pada penyebar cerita Nidza Afham
Penyanyi Aufahanie meluahkan rasa kesal dan kecewa dia serta seluruh keluarga berhubung dakwaan tidak berasas seorang individu mengenai pemergian abangnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar.
5. Pemain bola sepak amatur tunjuk kerambit dipenjara 14 hari
Peniaga nasi lemak, Muhammad Nur Iman Shafie Mohd Sulin, 22, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan.
6. Nahas Elmina: Sambungan 'lift dump spoiler' secara tidak sengaja punca utama
Laporan akhir Biro Siasatan Kemalangan Udara membabitkan nahas pesawatdi Elmina, Shah Alam Ogos tahun lepas menyimpulkan bahawa kesilapan manusia adalah punca utama tragedi itu.
7. Dua pesawat TUDM bawa rakyat Palestin yang cedera selamat tiba di pangkalan TUDM Subang
Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir malam tadi.
8. PRK Nenggiri: Ahmad Zahid yakin Orang Asli pilih calon BN
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan pecutan akhir kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini dengan mengunjungi kesemua lima pos Orang Asli di DUN ini.
9. Mahkamah tolak permohonan Rosmah tangguh prosiding saman syarikat barang kemas
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan prosiding saman yang difailkan terhadapnya oleh syarikat barang kemas yang berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan lebih 40 barang kemas.
10. Belia perlu berani bersuara, perjuangkan isu negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu belia berani bersuara dalam pelbagai isu negara seperti kemanusiaan, rasuah, jurang kemiskinan dan alam sekitar berdasarkan prinsip dan nilai yang kukuh.
#berita pilihan #tempatan #penjawat awam #kerambit
;