Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 13, 2024 23:53 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Ogos 2024.
1. PRK DUN Mahkota: Penamaan calon 14 Sept, mengundi 28 Sept
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
2. 'Saya dicerai tanpa sebab' - Nora Ariffin
Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin mendakwa lafaz cerai oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli dibuat tanpa kerelaan.
3. Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin meminta semua pihak berpijak di bumi nyata susulan wujud persepsi bahawa kontinjen Malaysia gagal pada temasya sukan terbesar dunia kali ini.
4. 13 remaja mengaku tidak bersalah bunuh pelajar kolej vokasional
13 remaja mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki di Kolej Vokasional Lahad Datu pada Mac lepas.
5. Pendakwaan mahu teruskan kes Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri
Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Che Wan berkata, pihaknya menerima arahan untuk meneruskan kes terhadap Hafidz, 30.
6. Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Atlet berusia 25 tahun itu menegaskan dia berpuas hati dengan semua temasya Olimpik yang disertainya kerana telah memberikan sehabis baik dalam setiap temasya tersebut.
7. Olimpik Paris 2024: Hannah minta maaf, buruan emas diteruskan di Los Angeles
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana negara tidak berjaya membawa pulang pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
8. Olimpik Paris 2024: Air mata Azizulhasni gugur di KLIA
Tubuhnya kecil, semangatnya besar namun kerana negara, air matanya gugur juga, tidak langsung dapat ditahan.
9. Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.
10. Suspek samun kedai emas di Plaza Metro Kajang ditembak mati
Suspek kes samun kedai emas di Plaza Metro Kajang, pada 17 Jun lalu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di susur masuk ke Tol Sungai Balak, Lebuhraya SILK di sini, petang Selasa.
#berita pilihan #tempatan #Sukan Olimpik Paris 2024 #minta maaf
;