Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 12, 2024 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 Ogos 2024.
1. Lapan bulan hilang, mayat tanpa kepala rupanya milik Cikgu Istiqomah - Polis
Ujian DNA yang dijalankan ke atas ibu kepada seorang wanita yang dilaporkan hilang pada 27 Disember 2023 di Johor mendapati ia sepadan.
2. Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus sukar terima impian pingat berkecai dalam beberapa saat
Permohonan maaf itu dibuat Shah Firdaus menerusi hantaran InstaStory beliau sekitar pukul 8 malam tadi.
3. "Rombakan Kabinet?"- Ini jawapan Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
4. "Shah Firdaus akan teruskan legasi saya" - Azizulhasni
"Shah Firdaus akan meneruskan legasi saya," kata jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, yang secara rasmi mengumumkan persaraannya sebaik tamat kempen Sukan Olimpik Paris 2024.
5. Remaja menyamar pegawai perubatan pernah jalani rawatan psikiatri, tidak hadir rawatan susulan
Polis mengesahkan remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan mempunyai sejarah rawatan psikiatri pada awal tahun ini.
6. Kronologi kes kehilangan Cikgu Istiqomah
Misteri kehilangan seorang guru Istiqomah Ahmad Rozi, 33 yang dilaporkan hilang di Kota Masai, Johor pada 27 Dis lepas terjawab, apabila ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan yang ditemukan di kawasan kampung Tanjung Rimau Luar, Pulau Sebang, Alor Gajah pada 31 Dis, adalah milik beliau.
7. [EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
"Saya dah penat dengan sistem di KKM." Itu luahan seorang doktor wanita yang berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Kuching yang melahirkan rasa kecewa terhadap sistem kebajikan para petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
8. PRK Nenggiri: BN tawar komitmen wakil rakyat, tiada manifesto pelbagai janji - Ahmad Jazlan
Barisan Nasional (BN) tidak akan melancarkan manifesto dengan pelbagai janji bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sebaliknya hanya akan memberikan satu tawaran iaitu komitmen wakil rakyat bagi mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk.
9. 100 meteor sejam melintasi langit Malaysia malam ini
Para peminat sains astronomi tempatan berpeluang menyaksikan sendiri fenomena angkasa unik dikenali sebagai hujan meteor Perseids malam ini.
10. 'Bonda kita panggil Orang Asli, orang kita. Kita tak suka panggil Orang Asli' - Tengku Mahkota Pahang
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempat berkongsi keperibadian bondanya, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mendidik supaya memanggil Orang Asli sebagai 'Orang Kita'.
#berita pilihan #tempatan #Sukan Olimpik Paris 2024 #Orang Asli