Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 11, 2024 15:54 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.
1. Olimpik Paris 2024: 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul' - Azizulhasni
Azizulhasni telah tampil memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku dalam perlumbaan keirin pusingan pertama semalam.
2. 4 lelaki ditahan bergaduh, lepas tembakan di pusat hiburan
Sekumpulan lelaki tempatan bersenjatakan pistol dan parang dilaporkan bergaduh selain turut dilaporkan melepaskan tembakan.
3. Serangan sekolah di Gaza: Malaysia kutuk serangan disengajakan Israel
Malaysia terus menyeru sekutu-sekutu rejim Israel agar memaksa Israel untuk segera menghentikan pembunuhan kejam terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa.
4. Brek rosak, bas bawa 20 penumpang langgar penghadang jalan
Seramai 20 penumpang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka melanggar penghadang jalan selepas mengalami kerosakan brek di Kilometer 2.6 Jalan Genting Highlands di sini pada Sabtu.
5. PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
6. Sukan Olimpik Paris 2024: 'Menang atau tidak, Malaysia tetap bersama anda Azizulhasni'
Perjuangan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir pada tengah malam Sabtu.
7. Empat kawasan di Masjid Tanah dilanda banjir kilat
Empat kawasan di Masjid Tanah, Alor Gajah iaitu Kampung Paya Lebar, Ramuan China Besar, Taman Masjid Tanah Ria dan Durian Daun dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi.
8. Olimpik Paris 2024: Shah Firdaus terlibat kemalangan di pusingan akhir keirin
Perjuangan wakil tunggal negara dalam acara keirin, Muhammad Shah Firdaus Shahrom terhenti apabila beliau menduduki tempat keempat dalam pusingan final di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines pada hari terakhir temasya Olimpik 2024 di Paris.
9. Malaysia kini rumah saya - John Beasley
Selepas 18 tahun berkhidmat dengan pasukan berbasikal trek kebangsaan, John Beasley kini boleh menggelarkan Malaysia sebagai rumahnya.
10. KPM sentiasa tegas tangani isu gejala seksual babit komuniti sekolah - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa kekal tegas dalam tindakan tatatertib yang diambil berhubung isu kesalahan seksual melibatkan komuniti sekolah.
#berita pilihan #tempatan #Sukan Olimpik Paris 2024 #banjir kilat