Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 9, 2024 23:59 MYT
Ogos 9, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Ogos 2024.
Seorang remaja perempuan yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok.
Polis menahan seorang pengawal keselamatan sebuah syarikat sekuriti yang dipercayai cuai ketika mengendalikan senapangnya, sehingga mengakibatkan satu das tembakan dilepaskan secara tidak sengaja, semasa dia sedang bertugas di Hospital Alor Gajah, semalam.
Sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di sini, yang menyediakan bilik karaoke 'super VIP' dipercayai dengan bayaran sehingga RM16,000 digempur, pada Jumaat.
Syarikat milik Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri kenderaan elektrik (EV) China.
Wanita yang diserang mengalami kecederaan di perut akibat terkena libasan pisau.
Mahkamah Majistret memberikan perintah hak jagaan sementara adik lelaki kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin kepada nenek saudaranya.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar secara peribadinya tidak melihat laporan sebuah portal yang berkaitan dakwaan bakal berlaku rombakan kepimpinan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai berniat jahat atau berunsur fitnah.
Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tidak berhasil mara ke pusingan 1/16 acara pecut individu Sukan Olimpik Paris 2024 apabila tewas dalam saingan repechage di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, pada malam Jumaat (waktu Malaysia).
Impian untuk meraih buah tangan buat Malaysia tidak kesampaian apabila atlet terjun berpengalaman negara, Nur Dhabitah Sabri tidak berjaya meraih kedudukan podium dalam aksi final acara 3 meter (m) papan anjal Olimpik Paris 2024.
Hutang negara dijangka menurun mulai 2027 apabila jumlah hutang terdahulu yang matang mula berkurang.