Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 8, 2024 23:59 MYT
Ogos 8, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Ogos 2024.
Sebanyak 29 ekor ular sawa ditangkap dalam saliran longkang berdekatan sebuah restoran di Seksyen 20, Shah Alam, malam tadi.
Sukan Malaysia ada satu penyakit yang mana persatuan sukan hanya memberi tumpuan kepada atlet yang menang sahaja.
Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi memasang 'impian besar' untuk menjadi antara individu terpantas di benua Asia bermula tahun hadapan.
Dia turut didakwa memiliki pornografi kanak-kanak iaitu 30 keping gambar penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak dalam sebuah telefon bimbit.
Wujud kepentingan dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara-negara terlibat meskipun memiliki kepentingan serta pandangan politik yang berlainan.
Atlet berusia 25 tahun itu menamatkan saingan di tempat kelapan pada aksi separuh akhir dengan kutipan 286.95 mata.
Sempena sambutan ulang tahun ke-57 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menekankan kepentingan negara-negara anggota bersatu padu dan bekerjasama untuk memastikan rantau yang aman, stabil dan makmur.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad akhirnya mengesahkan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).
Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpukan kepada kempen dari rumah ke rumah berbanding ceramah besar-besaran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta pihak berkuasa supaya dapat melaksanakan cukai ke atas makanan tidak sihat sebagai langkah membendung obesiti dan isu kesihatan yang berkaitan di negara ini.