Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 4, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Ogos 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, Ahad, 4 Ogos 2024.
1. Suspek culik Albertine Leo ditangkap semula
Polis membuat tangkapam semula terhadap suspek kes culik kanak-kanak perempuan enam tahun, Albertine Leo Jia Hui, hari ini.
2. Speaker Johor serah notis kekosongan DUN Mahkota
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohd Puad Zarkashi menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.
3. LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Perkhidmatan Transit Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling tergendala disebabkan gangguan teknikal yang berpunca daripada kebakaran di salah satu komponen di landasan berhampiran Stesen PWTC pada Ahad.
4. Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik hadiahkan pingat pertama buat Malaysia
Beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat gangsa pertama buat Malaysia di Sukan Olimpik Paris selepas menewaskan beregu nombor dua dunia, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark di Porte de La Chapelle Arena, malam ini.
5. RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini, dan bukan hanya untuk pembangunan sahaja.
6. Olimpik Paris 2024: Harapan Zii Jia 'intai' emas tidak kesampaian
Harapan Malaysia untuk menyaksikan Lee Zii Jia mengintai slot ke final Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian selepas perseorangan lelaki negara itu tewas straight set kepada pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn di separuh akhir sebentar tadi.
7. Percepat bina Lebuhraya Pan Borneo Sabah - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dipercepat bagi membolehkan rakyat negeri itu menikmati kemudahan jalan raya lebih baik.
8. Pesawat Malaysia Airlines bawa jemaah umrah berpatah balik selepas 2 jam berlepas
Sebuah pesawat Malaysia Airlines MH156 yang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Jeddah dilaporkan terpaksa berpatah balik hari ini.
9. Penyanyi Jay Jay meninggal dunia
Penghibur veteran tanah air, Mohd Fauzi Darus, yang lebih dikenali sebagai Jay Jay, telah meninggal dunia di sebuah hospital di Damansara, pada Ahad.
10. Malaysia tidak akan henti bantu Palestin, akan sediakan tempat rawatan untuk mereka - PM
Malaysia akan menyediakan tempat rawatan kesihatan yang sewajarnya untuk sebahagian daripada rakyat Palestin, khususnya wanita dan kanak-kanak yang sakit atau tercedera susulan kekejaman regim Zionis Israel di negara itu.
#berita tempatan #berita dalam negara #berita hari ini #Berita AWANI