Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 1, 2024 23:55 MYT
Ogos 1, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Ogos 2024.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan tegas terhadap Meta Platforms Inc (Meta) agar tidak menjadi bacul dan perkakas kepada rejim zalim Zionis Israel.
Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencekik, mengugut dan menolak isterinya ke dalam gaung di Kilometer 31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik - Jeli pada Sabtu.
Institut Jantung Negara (IJN) melakar pencapaian terkini dalam penjagaan jantung menerusi pusat rehabilitasi baharu yang dilengkapi teknologi senaman pneumatik termaju.
Dalam nahas 9 Jun lepas, empat maut selepas bas yang dalam perjalanan membawa rombongan SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu terbabit dalam kemalangan.
Pasangan beregu itu mencipta sensasi apabila mengetepikan wakil Korea Selatan, Kim So-yeong-Kong Hee-yong, pada saingan suku akhir.
Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan perasaan sedih dan marah ke atas pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh pada Rabu.
Seorang wanita sarat mengandung lapan bulan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungan selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga Hospital Lahad Datu malam tadi.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, ini susulan pembentukan unik bakat tempatan, serta kos untuk mengambil pekerja tempatan adalah lebih kompetitif berbanding dengan negara jiran.
MCMC akan mengadakan rundingan awam bagi membangunkan garis panduan komprehensif, memperincikan keperluan etika dan tanggungjawab yang mesti dipatuhi semua pemberi perkhidmatan pesanan Internet dan media sosial.
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia menepati ramalan dengan mara ke peringkat suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024.