Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 31, 2024 23:59 MYT
Julai 31, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 31 Julai 2024.
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Lima sekeluarga hilang punca pendapatan berikutan ketua keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang kini lumpuh akibat buah kelapa jatuh di kepalanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, akibat pendarahan dalaman.
Cliff Umar atau nama sebenarnya, Abdullah Umar Joseph diperintah menjalani tempoh pengawasan bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), selama dua tahun.
Tindakan itu ternyata memperlihatkan diskriminasi terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara itu.
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam memberikan pendedahan kepada masyarakat, terutamanya warga emas, mengenai kaedah pembayaran tanpa tunai sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
Perseorangan Lelaki Negara, Lee Zii Jia tidak berhadapan masalah untuk mara ke pusingan 16 setelah menundukkan pemain Sepanyol, Pablo Abian menerusi aksi straight set 21-10 21-13 dalam acara badminton peringkat Kumpulan G Sukan Olimpik Paris 2024.
Penjawat awam diingatkan untuk terus memberikan perkhidmatan dengan penuh profesional serta berintegriti terutama sekali dalam era pascanormal yang mencabar dan ketidaktentuan.
Astro Radio hari ini mengumumkan bahawa Haniff dari ERA dan Ean dari HITZ akan meninggalkan stesen radio mereka sebelum tamat kontrak masing-masing.
Mana-mana wakil rakyat dari parti UMNO yang meninggalkan dan membelakangi pendirian parti akan dituntut ganti rugi sebanyak RM100 juta.