Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 30, 2024 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Julai 2024.
1. Jangan bimbang kehadiran kapal Pengawal Pantai China di Laut China Selatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan nelayan dan pemancing di Laut China Selatan untuk tidak bimbang dengan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG), khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali.
2. Motif penculikan Albertine Leo didedah selepas siasatan lengkap - Polis
Motif kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, pada 20 Julai lepas akan didedahkan hanya selepas polis melengkapkan siasatan berhubung kes itu tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor CP M Kumar.
3. Tun M dibenar keluar IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan batuk.
4. Penyanyi legenda Nona Asiah meninggal dunia pada usia 94 tahun
Penyanyi legenda di era kegemilangan filem Melayu di Singapura, Nona Asiah meninggal dunia awal pada jam 4.25 pagi Selasa.
5. Tuntut Sabah: Setiap inci kedaulatan negara dipertahan, tiada tolak ansur - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan terus mempertahankan setiap inci kedaulatan negara dan tidak sesekali bertolak ansur terhadap sebarang tuntutan, termasuk yang berkaitan Sabah.
6. Dua lelaki ditemukan maut terperangkap dalam lubang pembetung
Mangsa terperangkap di dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat Jitra.
7. Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah layak suku akhir, tewaskan pasangan Indonesia
Beregu negara yang menduduki ranking ke-13 dunia itu menewaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dalam aksi 'wajib menang'.
8. PRK Nenggiri: Jentera BN akan perjelas isu subsidi diesel, elak fitnah pembangkang - Ahmad Zahid
Sebarang fitnah dan tohmahan pihak pembangkang ke atas kerajaan berhubung isu subsidi diesel akan diperjelaskan oleh jentera Barisan Nasional (BN) sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, bulan depan.
9. Hentikan isu sumbangan kepada sekolah - Fadhlina
enteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta semua pihak menghormati keputusan Jemaah Menteri yang mengekalkan garis panduan sedia ada bagi penganjuran program dan penyaluran sumbangan kepada sekolah.
10. Sultan Pahang titah kekurangan nilai integriti punca tanah negeri 'dijajah' pendatang asing
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kekurangan nilai integriti, menyebabkan tanah di Pahang sudah mula 'dijajah' oleh pendatang asing secara terang-terangan.
#berita pilihan #tempatan #Sukan Olimpik Paris 2024 #pendatang asing
;