Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Julai 29, 2024 15:59 MYT
Julai 29, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 Julai 2024.
Sesi libat urus antara umat Islam dan yang lain perlu diadakan bagi membolehkan masyarakat memahami antara satu sama lain dan mengelakkan salah faham yang membawa kepada Islamofobia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang warga Singapura yang memiliki dua kerakyatan telah memohon maaf kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Mahkamah Majistret di Johor Bahru dan diarahkan meninggalkan Malaysia setelah membayar denda pada minggu lalu.
Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun hadapan.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah umat Islam perlu menggunakan pendekatan dalam skala yang lebih luas dan selaras, dalam usaha membasmi kemiskinan multidimensi tegar yang sedang melanda dunia.
Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaannya berhubung isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Seorang ahli perniagaan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 31 Mei lalu, atas satu pertuduhan pindaan merogol seorang kenalan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, pada ulang tahun kelahirannya, empat tahun lalu.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kematian pegawai kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) J. Soosaimanicckam enam tahun lepas sebagai kes homisid.
Kem badminton negara melakar satu lagi kejutan di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila gandingan Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei berjaya menjinakkan pasangan nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dari China pagi ini.
Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohd Rizwadi Ismail dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.
Suatu sidang khas Parlimen perlu diadakan di bawah Peraturan 11(3), Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membahaskan pengehadan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun, sekiranya cadangan itu mahu dilaksanakan.