Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 26, 2024 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Julai 2024.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Julai 2024.
1. Muhammad Alif dituduh bunuh Nur Farah Kartini
Tertuduh didakwa membunuh Nur Farah Kartini di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang 15 Julai lalu.
2. Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September
Hakim Syahliza Warnoh menetapkan tarikh itu bagi serahan laporan bedah siasat dan rakaman litar kamera tertutup (CCTV).
3. Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
Cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
4. Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh bagaimanapun masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
5. Tidak hadir prosiding mahkamah, Norjuma diberi amaran terakhir
Amaran itu dikeluarkan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan terhadap Norjuma, selepas membatalkan waran tangkap ke atas usahawan selebriti itu.
6. Selisih faham dipercayai motif Naufal dibunuh
Berlaku perselisihan faham dengan abang kepada kenalan wanita, dipercayai motif anak kepada pemilik restoran terkenal di daerah ini dibunuh.
7. KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Kerajaan akan menetapkan lokasi bekalan minyak masak paket bersubsidi kepada premis peruncitan, bagi memastikan ketirisan barang kawalan itu tidak lagi berlaku.
8. Masyarakat perlu hayati pengorbanan pejuang terdahulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya masyarakat sentiasa menghayati pengorbanan pejuang tanah air terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara.
9. Sumbangan syarikat arak untuk konsert amal, bukan kepada sekolah - Ahmad Zahid
Tajaan syarikat minuman keras kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini adalah untuk penganjuran konsert amal dan bukannya sumbangan kepada sekolah berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
10. Kes Zayn Rayyan: Mahkamah arah pembelaan lapor pemilik akaun TikTok buat kandungan subjudis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan pihak pembelaan dalam kes kematian kanak-kanak berumur enam tahun Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang relevan sekiranya terdapat kandungan di media sosial menggunakan kes itu sebagai kandungan yang mengundang komen-komen subjudis, di samping menghina mahkamah.
#berita pilihan #tempatan #syarikat arak #akaun TikTok